..tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).
Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan
kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...
Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi
terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk
hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan
bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita
diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada
Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk
merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita
dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...
Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang
mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh
khatam Al'Quran sebulan dua kali...
Kesemua petanda-petanda
ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat
mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk
nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya
umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita
patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang
tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang
menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia.
Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa
tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara
manusia, ia akan semakin gundah gulana.
Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.
Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka
Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian
nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya,
sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah
kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya,
anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment
Berkicaulah dengan sopan